Perihal "Daulat" 阅读:6485回复:0
Pada tahun 2013, Negeri Sabah telah diceroboh oleh militan yang menggelarkan diri dari Kesultanan Sulu, maka Persekutuan Malaysia telah melancarkan Ops Daulat.
Namun, manakah asal-usul perkataan daulat? Kerajaan Malaysia menggunakan frasa "daulat tuanku" untuk mencerminkan kuasa yang ada pada raja dan negara, walaupun begitu, erti kata daulat selalu disamakan dengan panjang umur di dalam masyarakat Tionghua kemungkinan ianya mirip dengan frasa Inggeris "Long live the Queen" atau frasa Cina “wuwangwansui(吾王万岁)”, tetapi barangkali itu adalah misnomer. Rata-ratanya kamus dwi-bahasa Melayu-Inggeris menggunakan "Sovereign" sebagai erti daulat. Pandangan seorang cendekiawan dalam artikelnya yang dipetik dari suratkhabar bahawa daulat merupakan penterjemahan bahasa Arab dari bahasa Sankrit yang merupakan sakti menarik perhatian, mungkinkan daulah yang bererti negara dalam bahasa Arab itu konsep sakti? Dalam bahasa Urdu, atau dalam Hindi pula, perkataan daulat (دولت / दौलत) adalah kekayaan. Memang banyak jelmaan sesuatu konsep dalam satu perkataan yang tertentu, dalam konteks ini, daulat masih mengekalkan misterinya walaupun telah menjadi satu sebutan rakyat jelata di Malaysia untuk mendoakan keamanan di bawah pemerintah yang kasih penyayang. Rujukan: 1. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%0Adaulat 2. http://wangsamahkota.wordpress.com/2013/05/04/pengertian-daulah-daulat-dan-duli-yang-maha-mulia-serta-tuanku/ 3. http://cnews.cari.com.my/news.php?id=600467 4. http://en.wikipedia.org/wiki/Daulat 5. http://en.wiktionary.org/wiki/%D8%AF%D9%88%D9%84%D8%AA |
|
最新喜欢:iMjmJ....
|