新加坡马来社群认同里的柔佛廖内及标准音 阅读:4718回复:2
http://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1521/922
这篇马来西亚大学网站上的论文共十八页,为Mukhlis Abu BAKAR, National Institute of Education撰写。以防下载不便,我转载部分过来。 篇幅过长不便拷贴,就不费神编辑了。有志者自然会找到管道一窥全豹。 1 Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura61SEBUTAN JOHOR-RIAU DAN SEBUTAN BAKU DALAM KONTEKS IDENTITI MASYARAKAT MELAYU SINGAPURAMukhlis Abu BAKARNational Institute of Education, Singaporemukhlis.abubakar@nie.edu.sgManuscript received 29 May2019Manuscript accepted 21 Oct2019*Corresponding author10.33736/ils.1521.2019ABSTRAKPenubuhan Radio Malaya pada tahun 1946 di Singapura merupakan titik penting dalam perkembangan Sebutan Johor-Riau (SJR)sebagai sebutan standard bahasa Melayudi Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1993, selaras dengan usaha pembakuansebutan bahasa Melayu di Nusantara, pemerintah Singapura mengisytiharkan Sebutan Baku (SB) sebagai sebutan standard, menggantikan SJR, untuk digunakan di sekolah-sekolah, stesen-stesen penyiaran dan di upacara rasmi. Tidak seperti Malaysia yang kembali kepada SJRpada tahun 2000, Singapuramengekalkan SB. Makalah inimenyorot evolusi sebutan standard bahasa Melayu dalam konteks sosio-sejarah orang Melayu Singapura dan Malaysiadanturutmenilai semula kebakuan SB. Lima gagasan pentingtelah dikenal pasti: 1) SJR (atau kelainan /ə/) dan kelainan /a/ merupakan dua model sebutan standard bahasa Melayu yang tumbuh secara tabii (SJR di selatan Semenanjung dan kelainan /a/ di utara); 2) Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku secara kebetulandalam jaringan ketersebaran SJR menjadikannya sebutan standard yang lebih berpengaruh daripada kelainan /a/; 3) Identiti bahasa orang Melayu Singapura terkait rapat dengan SJR. 4) SB adalah model sebutan yang dibuat-buat berpandukan prinsip ‘sebut sebagaimana dieja’ dan tidak dapat dipakai untuk bahasa Melayuselagi ejaan tidak menepati sebutan; 5) SB yang dituturkan di Singapura muncul sebagai sebutan hibrid –campuran SB dan SJR.Makalah ini turut membincangkanimplikasi daripada penerusan dasar SB di Singapura.Kata kunci:Sebutan Baku, Sebutan Johor-Riau, Bahasa Melayu Standard; Identiti bahasa Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura62SEBUTAN JOHOR-RIAUAND SEBUTAN BAKUIN THE CONTEXT OF THE SINGAPORE MALAY IDENTITYABSTRACTThe establishment of Radio Malaya in 1946 in Singapore was an important milestonein the development of Sebutan Johor-Riau(SJR) as the standard pronunciation in Malay in Malaysia and Singapore. In 1993, in line with efforts tostandardiseMalay pronunciation in the archipelago, the Singapore government introducedSebutan Baku(SB) as the standard pronunciation, replacing SJR, for use in schools, broadcastingstations and during official ceremonies. Unlike Malaysia,whichreturned to SJR in 2000, Singapore retainedSB. This paper reviews theliterature onstandard pronunciationin Malay in the context of the socio-history of theMalays inSingapore and Malaysia andre-evaluates SBas a standard pronunciation. The following points emerged: 1) SJR (or /ə/variety) and /a/ variety are two models of standard pronunciation in Malay that evolved naturally (SJR in the south, and the /a/ variety in the north, of the Malay Peninsula); 2) significant events that occurredwithin SJR’sdistributednetwork made it astandard pronunciation that is more influentialthan the /a/variety; 3) the Singapore Malay language identity is closely related to SJR. 4) SB is a created modelof pronunciation based on the principle 'words are pronounced as they are spelled' and cannot be applied toMalay for as long as thewords are not spelledas they arepronunced; 5) SB as spoken in Singapore emergesasahybrid –a mix of SB and SJR.This paper also discusses the implications from thecontinuation of theSB policyin Singapore.Keywords:Sebutan Baku, Sebutan Johor-Riau, StandardMalay; Language IdentityPengenalanPada tahun 1993, selaras dengan usaha penyeragaman bahasa Melayu antara Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bermula sejak tahun 50-an, pemerintah Singapura mengangkat Sebutan Baku sebagai sebutan yang standard atau baku menggantikan sebutan standard yang sedia ada pada waktu itu, iaitusebutan berasaskan loghat Johor-Riau (AsmahHaji Omar, 1988; 1992a). Sebutan Baku diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di stesen-stesen penyiaran dan turut disyorkan penggunaannya di acara-acara rasmi yang berbahasa Melayu (CPDD, 1990). Sepanjang pelaksanaan Sebutan Baku, banyak tengkarah yang timbul dalam kalangan masyarakat dengan ada yang menyokong dasar tersebut dan ada yang tidak (BH, 2011a; BM, 2018; ST, 2013). Kini, lebih 25 tahun kanak-kanak Melayu di Singapura terdidik dengan Sebutan Baku bagi mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah. Masyarakat umum juga disajikan dengan berita di radio dan di televisyen yang disampaikan menggunakan Sebutan Baku.Banyak yang telah ditulis mengenai Sebutan Baku, antaranya oleh Asmah (1992b), Asraf (1984), Awang Sariyan (2000), Mohamed Pitchay Gani (2004) dan Suratman Markasan (1989). Rata-rata, semua sarjana ini kecuali Asmah (1992b) Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura63memberisokongan penuh kepada dasarSebutan Baku. Awang (2000) malah menganggapmereka yang menolakSebutan Baku sebagai kumpulan yang kurang faham akan konsep pembakuan bahasa termasuk sistem sebutan.Makalah ini bertujuan untuk menyumbang kepada wacana tentang Sebutan Baku dengan meneliti konsep sebutan baku itu sendiri sambil menyorot sejarah perkembangan bahasa Melayu standard sertaketerikatan sebutan yang berasaskan Johor-Riau dengan identiti bahasa orang Melayu Singapura. Makalah ini turut membincangkanimplikasi daripada penerusan dasar Sebutan Baku.Bahasa Melayu di NusantaraBahasa Melayu adalah bahasa asli diSingapura dankawasan-kawasan di sekelilingnya termasukSemenanjung Malaysia dan selatan Thailand, bahagian tengah dan timurSumatera, Kepulauan Riau hinggalah ke pantai barat pulau Borneo (Asmah, 2005). Di luar kawasan teras ini –dari Sumatra ke Papua Barat –kawasanyang diberi nama Nusantara atau Kepulauan Melayu –bahasa Melayu merupakanlingua francadalam kalangan komuniti-komuniti yang mempunyai bahasa asli mereka sendiri. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antara kerajaan. Hal ini disebabkan oleh pengaruh kerajaan-kerajaan Melayu pada waktu dahulu, bermula dengan Kerajaan Srivijaya di Palembang,Sumatra, dari abad ke-7 dan kemudian kesultanan Melaka dari abad ke-15(Collins, 1998). Kejatuhan Kesultanan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 diikuti dengan kemunculan kesultanan-kesultanan laindi kawasan asli Melayu termasuk kesultanan Johor-Riau(abad ke-17 hingga ke-19). Dialek Johor-Riau menjadi dialek tempatan di wilayah-wilayah kesultanan Johor-Riau.Kawasandialekini mencakupi daerah-daerah di Sumatra timur termasuk Kepulauan Riau, Singapura, Johor,PahangdanSelangor. Dialek ini juga mempunyai banyak persamaan dengan dialek yang penyebarannya sampai ke Ipoh di Perak(Asmah, 1992a). Dunia Melayu terbahagi secarapolitik buat kali pertama dalam sejarahnya pada tahun 1824 dengan Perjanjian British-Belanda. Di bawah perjanjian itu, Britain menguasai Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu serta sepertiga Borneo (kini Malaysia) manakala Belanda menguasai kawasan selebihnya (kini Indonesia). Di kawasan-kawasan yang dikuasaiBelanda, penutur asli bahasa Melayu membentuk kumpulanminoriti di sampingpenutur asli ratusan bahasa lain termasukbahasa Jawayang amat berpengaruh. Maka berputiklah kelainan bahasa Melayu di wilayah Belanda yang berpusat di Jawa yang menerima pengaruh pelbagai bahasa khususnyabahasa BelandadanJawa selainbahasa-bahasa asli yang lain. Kelainan ini kian berbeza daripada bahasa Melayu yang dituturkan di kawasan teras Melayu, khususnyaSingapura dan Semenanjung Tanah Melayu(Alisjahbana, 1976; Asmah, 1993; Collins, 1998). Menjelang kemerdekaan Indonesia, kelainan inidiisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan Indonesia dan dinamakan Bahasa Indonesia. Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura64Dialek Johor-Riau dalam Pembentukan Bahasa MelayuStandardBahasa Melayu di Singapura dan Malaysia berkembang secara bersama untuk tempoh yang agak lama. Kedua-dua negara mengongsi sejarah penjajahan yang sama. Selain itu, negeri Johor dan Singapura terletak dalam daerah dialek Melayu yang sama, iaitu dialek Johor-Riau (Asmah, 1988; Winstedt, 1992). Menurut para sarjana bahasa (Asmah, 1988; Asraf, 1984), dialek inilah yang menjadi asas kepada Bahasa Melayu Standard yang digunakan di kedua-dua buah negara walaupun terdapat beberapa dialek Melayu yang laindi semenanjung Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana Singapura yang berdialek-kan Johor-Riau merupakan pusat budaya, politik dansosio-ekonomi masyarakat Melayuyang mencapai kemuncaknya padazaman penjajahan British(Asmah, 1992a; Heng, 2011). Akhbar bahasa Melayu di Malaya bermula di Singapura pada akhir abad ke-19.Dengan tertubuhnya media percetakan, nahu dan kosa kata dialek Johor-Riau ‘dipinjam’untuk percetakan. Norma-norma yang dibangunkan untuk bahasa tulisan yang dipelopori golongan inteligensia, yang pada awalnya menggunakan skrip Jawi (Amat Juhari Moain, 1996; Hashim Musa, 2006),tersebar ke sekolah-sekolah, institusi perguruandan pejabat-pejabatkerajaan di seluruh Malaya dan Singapura.Proses pengintelektualan bahasaberterusan hingga terbentukkelainan bahasa Melayuyang supralokal, iaitu tidak dibatasi kawasan.Kelainan inidikenali sebagai Bahasa Melayu Standard (BMS)(Asmah, 1988). Perkhidmatan radio pulamula beroperasi pada tahun 1946dengan tertubuhnya Radio Malaya di Singapura. Jika dialek Johor-Riau menjadi model bagi bahasa bercetak (Asraf, 1984), sebutan dialek Johor-Riau pula menjadi normasebutan juruhebah dan pembaca berita yang bertugas di stesen radio (Asmah 1988, 1992a). Sepertiyang berlaku kepada nahu dan kosa kata dialek Johor-Riau, sebutandialek itujugaberkembang bagi memenuhi fungsinya yang meluassambilmenampung penyebutan perkataan-perkataan baharu yang dipinjamdaripada bahasa lain. Gaya sebutan ini dibawa ke Kuala Lumpur apabila Radio Malaya berpindah ke sana dan ke utara apabilaPulau Pinang membuka stesen radionya sendiri, jugadi Sabah dan Sarawak (Asmah, 1992a). Makalahirlah sebutan standard bahasa Melayusupralokal yang merupakan variasi kepada sebutanasal dialekJohor-Riau. Makalahinimenamakansebutan standard iniSebutan Johor-Riau (SJR), mengekalkan nama ‘Johor-Riau’ bagi mengiktiraf asal-usulnya. Asmah (1992a) merujuknyasebagai kelainan /ə/ atau kelainan ‘pepet’.Jelas bahawa pemilihan dialek Johor-Riau sebagai asas kepada pembentukan BMS dan SJR berlaku secara kebetulandan bukan kerana perancangan atau ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa(Asmah, 1992a). Laluan yang ditempohi bahasa Melayu standard ini, daripada sebuah dialek kawasan kepadadialek sosial yang diterima masyarakattanpa dipaksa,tidak unik kepada bahasa Melayu sebaliknya mengongsi sejarah yang serupa dengan bahasa-bahasadunia yang lain seperti bahasa Inggeris(Coupland, 2014; Hjarvard, 2004).Harus diingat bahawa sebutan standard bahasa Melayu adalah dwipusat (Asmah, 1992b). Selaindaripada SJR (atau kelainan /ə/), terdapat juga kelainan /a/ yang dituturkan di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Antara dua sebutan yang tabiiini, SJR memainkan peranan penting sebagai model sebutan di Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura65stesen-stesenpenyiaran. Oleh yang demikian,iasebutan yang lebih berpengaruhdaripada kelainan /a/. Penutur kelainan /a/ boleh didengar beralih antara kedua-dua kelainan dalam peristiwa-peristiwa bahasa tertentumanakaladalamkalangan penutur SJR, mereka terbiasa dengan kelainan /a/ hanya dalam nyanyian dan deklamasisajak (Asmah, 1992b). Di samping itu,kelainan /a/ sering disalah anggap sebagai Sebutan Baku kerana beberapa ciriyang dikongsi bersama.Hal ini dijelaskan dalam bahagian tentang ciri-ciri Sebutan Baku.Bahasa Melayu di SingapuraApabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, ia mewarisi BMS, baik dalam bentuktulisan mahupun lisan. BMS adalah salah satu daripada dua dialek sosial bahasa Melayu yang dituturkan di Singapura. Dialek sosial yang satu lagi ialahBahasa Melayu Basahan (BMB) yang juga terbit daripada dialek Johor-Riau (Asmah, 1986).1BMS bercirikan sistem penggabungan yang kompleks, iaitu penambahan imbuhan pada kata akar (‘me-’+‘tolak’ →‘menolak’, ‘ber-’+‘lari’ →‘berlari’), ciri yang sering digugurkandalam BMB (Benjamin, 1993; Koh, 1990). Dalam BMB, kata-kata kerap dipendekkan (contohnya, ‘tidak’ /tidaʔ/ →/taʔ/, ‘hendak' /həndaʔ/ →/naʔ/; /h/ antara dua vokal digugurkan (misalnya, ‘mahu’ /mahu/ →/mau/, ‘tahu’ /tahu/ →/tau/); dan penambahan hentian glotis (/ʔ/) untuk perkataan yang berakhir dengan 'i' dan 'a' (misalnya, ‘nasi’ /nasi/ →/nasiʔ/, ‘bawa’ /bawə/ →‘bawak’ /bawaʔ/).2Sementara BMS ialah dialek formal yang digunakan oleh golongan terdidik di institusi pendidikan, media dan di upacararasmi, BMB pula ialah dialek yang tidak tertulis, digunakan sebagai bahasa basahan di rumah dan dalam pelbagai situasi yang tidak rasmi (Koh, 1990). Kedua-dua BMS dan BMB, bagaimanapun, berkongsi ciri sebutan yang sama, iaitu SJR. Sama ada seorang penuturmengucapkan ‘tidak cukup’ (bentuk BMS) atau ‘tak cukup’ (bentuk BMB), ‘cukup’ disebut dengan cara yang sama (/tʃukop/). Begitu juga dengan suku kata ‘pa’ dalam ‘tidak apa’ (BMS) dan ‘takpa’ (BMB);ia disebut dengan cara yang sama (/tidaʔapə/ dan /taʔpə/). Jelas di sini bahawa identiti orang Melayu Singapura dari segi bahasanya berkait rapat dengan SJR.Usaha Penyeragaman Bahasa Melayu di NusantaraPerbezaan yang semakin ketara antara bahasa Indonesia dan bahasa Melayu di negara-negara lain di Nusantara mendorong para bahasawan dari Malaya, Singapura dan Indonesia pada tahun 50-an untuk memulakan usaha menghasilkan satubahasa Melayu yangstandarduntukrantauini(MuhdAriffAhmad, 1993). Inimelibatkan pengkodifikasianbahasa dengan lebih tersusun bermula denganejaan diikuti dengan peristilahan, tatabahasa, perkamusan dan akhirnya sebutan. Bagaimanapun, keseragaman penuh merentas sempadan politik sukar dicapai, terutama sebutan(Milroy & Milroy, 2012). Issues in Language Studies (Vol 8 No 2, 2019)Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura66Ada beberapa faktor yang menghambat penyeragaman. Pertama pengaruh luar. Ejaandan penerbitan kata perkataandan imbuhan asing yang dipinjam ke dalam bahasa Indonesia dipengaruhi bahasa Belanda manakala Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura dipengaruhi bahasa Inggeris. Bagaimanapun, dalam arena kebahasaan Indonesia masa kini, lebih banyakkata bahasa Inggeris diindonesiakan berbeza dengan kebahasaan Melayu yang lebih cenderung mengekalkan kata bahasa Melayu yang ada.Kedua pengaruh dalaman: Bahasa Indonesia bahasa penyatu pelbagai penutur bahasa asli yang terdapat di Indonesia yang mempengaruhi kosa kata Bahasa Indonesia; Bahasa Melayu pula berinteraksidengan dialek-dialek bahasa yang sama. Ketiga hubungan terhad di antara penutur: siaran radio dan televisyen di kedua-duanegara jarang melintasi sempadan politik, begitu juga bahan-bahan bercetak yang diterbitkan di kedua-dua negara. Keempat rasa bangga dan pemeliharaan identiti: Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu adalah penanda identiti bagi penutur masing-masing yang lebih cenderung untuk mengekalkan bahasa mereka sendiri (Asmah, 1992a,1993). Hingga hari ini, Bahasa Indonesia terus berkembang mengikut arah yang tersendiri yang berlainan daripada Bahasa Melayudi Malaysia dan Singapura. Baru-baru ini terbit sebuah kamus bahasa Indonesia-bahasa Melayu bagi memudahkan para penutur kedua-dua bahasa memahami perbezaan antara bahasa mereka(RusdiAbdullah, 2016).Pada tahun 1993, selaras dengan harapan awal terhadap usaha penyeragaman bahasa Melayu di Nusantara, pemerintah Singapura, atas nasihat Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) mengisytiharkan Sebutan Baku (SB) sebagai sebutan yang baku, menggantikan SJR, untuk diamalkan di sekolah-sekolah, stesen-stesen media dan untuk kegunaan di upacara rasmi (Muhd Ariff, 1993). Ini menyusuli perisytiharan yang serupa yang dibuat oleh kerajaan Malaysia lima tahun sebelum itu pada tahun 1988.Bagaimanapun, pada tahun 2000, setelah 12 tahun melaksanakan SB, kerajaan Malaysia memansuhkannya dan kembali kepada ‘sebutan biasa’ (iaitu kelainan /ə/ atau SJR) kerana bimbang akan terhakisnya identiti orang Melayu yang sekian lama berteraskan ‘sebutan biasa’ itu (Utusan Online, 2000a).3Singapura, bagaimanapun, kekal dengan dasar SB hingga hari ini. Pengekalan SB di Singapura, bagaimanapun, mengundang banyak tengkarah (BH, 2011a; BM, 2018).Berbeza dengan sebutan standard kelainan /ə/(SJR) dan kelainan /a/yang masing-masing mempunyai sistem fonologinya yang tersendiri kerana tumbuh dan berkembang secara tabii dalam masyarakat penuturnya di Malaysia dan Singapura, SB ialah fenomena baru bagi penutur di kedua-dua negara ini, model sebutan yang dibuat-buat yang berpandukan prinsip ‘sebut sebagaimana yang dieja’ (Asraf, 1984; Dahaman, 1994; Mohamed Pitchay Gani, 2004; Suratman, 1989)yang dipaksa ke atas penutur bahasa Melayu. Model sebutan ini dinamakan ‘Sebutan Baku’ dengan meletakkan kata ‘baku’ di dalam namanya tetapi ini tidak dengan sendirinya menjadikannya sebutan yang baku. Ciri-ciri Sebutan BakuSB menuntutpenuturnya mengucapkan perkataan mengikut cara perkataan itu dieja. Ia mengandaikan bahawa satu huruf dapat dipadankan dengan satu bunyi, dan |
|
最新喜欢:iMjmJ....
|
好长,谁能看懂。楼主难道全看懂了吗,你是大马华侨?
[Nyuggu于2020-08-16 02:53编辑了帖子]
|
|